Wednesday, 29 May 2013

Cara menghilangkan ketuat di kaki

Ha baca tajuk entry kat atas tu.Mesti ramai dah penah terkena dengan “benda jahat” ni. Okey now nak share pengalaman pasal cara hilangkan ketuat. Apa sebab ketuat itu terjadi? Ada yang cakap sebab tak bersih la apa la.Sebab tu ketuat terjadi. Ada yang cakap sebab pakai kasut sarung yang dah full of bacteria sebab tu ketuat jadi. Ha ni nak berkongsi pengalaman. Alkisahnya aku pun pernah kena ketuat ni. Kena tang kaki plak tu. Hadoi sakit nak jalan. Mula2 jadi tu aku wat x taw je ingtkan ley baik sendiri. Tengok2 tak. Makin melarat plak naik nye dua tiga kat kaki. Dah la UiTM Kedah tu berbukit. Terpijak batu sikit melatah aku menahan sakit.haha. So nak dijadikan cerita aku try la beli ubat kat farmasi. Aku ni boleh dikategorikan agak malas sapu2 krim ni. Tapi mengenangkan sakit aku jadi rajin la sapu-sapu ubat. Masuk sebulan tak ok2. Dia kering and bila aku buang guna pengetip kuku dia still ada lagi. Tension nye aku. Aku pun apa lagi. Call mak tersayang nak wat laporan la kononnya. Mak pun cadangkan sapu minyak kelapa dara. Mana la tau kot2 mau baik. Sebagai anak yang menurut kata cewah angel la konon haha aku pun sapu. 

ni la minyak yang aku maksudkan tu. ada dua versi botol. 
satu lagi x sempat nak snap.


Tapi minyak ni busuk sikit. Aku sapu masa nak tido and pagi2 nak g kelas. Masa lepas sapu tu rasa merenyam2 gatal kat tempat ketuat. Sabor je la…. Masuk seminggu ketuat tu kering and aku gatal2 g korek and potong guna pengetip kuku. Alhamdulilah berkat usaha and izin Allah akhirnya berjaya jugak aku clash dengan ketuat tu.haha. Makan bulan jugak aku couple dengan ketuat ni. Kalaula dari mula aku tau minyak kelapa dara ni ley hilangkan ketuat lama dah aku try. Actually family aku memang pakai minyak kelapa dara ni. Selalu sapu dekat kulit badan before tido. Sapu dekat kaki and tangan.buat macam losyen. Tapi biasanya sapu waktu malam sebab bau nye yang tak menyenangkan hidung. Lagi bagus minum satu sudu sehari dia boleh lawaskan perut tapi perit sikit tekak nak telan . sebab dye minyak kan. Selalunya aku beli kat R&R  dekat Gunung Semanggol kalau tak salah tapi kalau dari Kedah menghala ke Perak la. Satu hari tu kebetulan parents aku ada hal dekat Hutan Melintang and alang-alang aku cakap kat mak jom kita cari rumah tokei minyak  ni. Mak aii jauh kedalam umahnya. So berbotol2 la aku memborong dengan mak abah. Pakcik ni cakap minyak ni 1001 khasiat . Apa yang dia tulis kat label belakang tu memang mujarab la guna ubat ni tapi boleh jugak cuba untuk sakit lain. Contohnye kes ketuat aku tadi. Ada jugak yang breast cancer try makan and Alhamdulilah beransur sembuh luka2 kanser tu. So kepada sesiapa yang mengalami masalah ketuat hope korang dapat la cari minyak ni. Kalau tak dapat cari ley tanya kat aku. Don’t worry I will help u. sekian saja. tata 

Monday, 27 May 2013

Jeng Jeng Jeng : Cerita Kahwin 1


Dup dap dup dap..camtu lah kot bunyi jantung aku menghitung hari. Hari ape yang aku hitung? Haha. My Big Day!! Akhirnya dapat juga tarikh untuk aku and En Sarjan mendirikan masjid. Semua orang ada impian masing2 for their big day. Macam aku biasa lah agak klasik sikit orangnya.  Dah nama pun RAJA SEHARI. Kalau hidup yang sebenar x mampu dek oii nak jadi anak raja ha ni la masanya nak merasa kan? So untuk tema resepsi sebelah aku nanti bertemakan ala-ala diraja gitu. Disebabkan butik pengantin D’Enai pernah bekerjasama dengan aku dulu and aku suka cara kerja dorang yang kelas gitu and murah harganya maka aku pun pergilah survey2 kat sana dulu. Dalam otak plan nak g banyak butik nak survey2 ni..tapi dah memang berjodoh kot aku dengan butik ni. Sampai-sampai je kami pun start berbincang dengan staff kat situ. Nama macam aku jugak. Ha bertemulah Qila junior and Qila senior ni.hehe. kak Qila kenal mak aku so aku pun selesa bersembang dengan dia and cerita apa yang aku nak untuk my weds. Masa tu yang ikut sekali of course my lovely fiancĂ© abang Sarjan, along and abang long. Mak datang kemudian. 
Alhamdulilah dorang ade baju yang sesuai dengan tema yang aku nak. Kak Qila bagitau tema aku modern classic. Mmm not bad. Ok jugak kan ..xde la protocol sangat macam istana. Janji still ade gaya istana yang aku nak. Untuk majlis aku nanti insyaAllah setakat masa and tarikh aku menulis ni aku bakal mengenakan sepersalinan dress dari songket+lace kalo tak silap berwarna kuning. Tunang aku pun suke jugak.hehe. kak Qila cadangkan ambik semua dengan dorg. Maksudnya dorg jadi wedding planner aku. Aku fikir ok jugak sbb harga yang dorg bagi sangat berbaloi and aku tak payah susah2 nak pening kepala lagi.yelah x lama lagi nak smbung belaja mane aku ade masa nak tengok sume bende ni. Just aku kena fikir kan goodies beg saja. Dah bincang2 dengan family , mak abah and semua dorg setuju. Harga perbincangan dirahsiakan atas permintaan butik tp dlm angka 2. Dua ape? Adakah RM2 hehe..Biarlah rahsia..
suka sangat kuning ni. Owesome

Dah setel satu bab.sekarang ni aku tengah buzy mendesign kad kahwin and banner. Nak jimat kos. Adik2 aku selalu kate aku kedekut. Aku bukan kedekut la. Tak suke membazir je. Mane yang aku rase aku boleh buat, murah and cantik aku buat la. Lagipun kalo ikut logik sape yang simpan kad kahwin orang kan melainkan tuan punye badan sendiri. Biasenya orang buang je. Membazir tu kan amalan syaitan. Bayangkan kad kahwin yang cantik (ambik average 50 sen sekeping) kali dengan 500 keping dh berapa. So aku cube jimat sebaik mungkin duit2 yang ade. At least duit2 ni boleh salur kat tempat lain.  Agak mencabar design kad and banner sbb aku tak nak lari daripada tema. And according to my research memang tak banyak sumber maklumat and rujukan untuk tema wedding amcam ni.kalo style garden memang banyak la. So aku lebih suke gunakan colour2 gold, hitam and putih sebab bagi aku kaler ni Nampak mewah. Cewah.hehe.
Sekarang ni aku tengah pening mencari photographer yang cantik pic2 yang dye tangkap and harga berpatutan. Setakat ni adalah dua tiga orang yang dalam list. Tapi masalah nye jauh kat KL nun. Kat Kuala Kangsar and Ipoh. Bukan menidakkan bakat orang2 dekat sini tapi tak jumpa yang berkenan. Aku sangat cerewet bab gambar.haha. Maybe tak bertemu lagi dengan orang yang sesuai. Hope dapat jurugambar  yang best2 dalam masa yang ade ni. oh Encik Photographer... menjelmalah dikau.fuuuuhhhh... :p
Minggu ni straight tido lewat. Dah tengah malam baru dapat idea. Tunang tersayang asyik pesan jangan tido lewat2 sangat. Sory ye abang.. sayang seronok plak wat benda ni. Rase otak bijak tiba2.hahaha. aku cuba yang termampu. Bukannya terror sangat bab design2 ni.  Setakat ni perbelanjaan still dalam bajet. Ok nanti kalo semuanya dah siap aku uploadkan barang2 and total perbelanjaan untuk majlis ni nanti. Ape yang penting berbelanjalah dengan bijak. Amboi.. pesanan dari penaja.haha. tata u ols.

Saturday, 23 February 2013

My E-day

Asalamualaikum semua.

10 Februari 2013. Itulah tarikh penting dalam hidup aku. On that day aku bergelar tunangan orang. OMG macam tak sangka sangat.haha. The best part is his mum cakap " Dah booking ni. Jangan lari pulak", lepas sarung cincin ke tangan aku. hehe. Tak larinye cik Qila ni. InsyaAllah ada jodoh aku dengan dia kami akan mendirikan masjid tahun depan. Doakan yang terbaik ye. Overall majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulilah syukur sangat walaupun pada pukul 1am mlm sebelum tu kami dapat berita arwah atok dikampung meninggal. Masa tu aku tengah wat hantaran. Semua orang terkedu. But then abah cakap teruskan jugak majlis sbb semuanya dah dijemput and dah ditempah. Kalau abah balik dengan mak mcm tak kena pulak sebab anak bertunang parents tak ada. At the same time raya cina jalan jem. So dah sembang2 dengan pakcik2 aku kat kampung dorang cakap memang tak dapat nak tunggu sebab nak kebumi kan jenazah pagi. Abah ingat nak balik lepas majlis. Masa tarikh yang sama dua lagi sepupu aku belah abah bertunang so memang kami tiga keluarga kelam kabut la jugak. Mak and abah sempat jumpa arwah masa bulan satu. Arwah atok meninggal dalam usia 103 tahun. Semoga arwah atok ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Back to the topic hantaran daripada pihak lelaki  kaler PURPLE. hehe. Pihak dia bawa 9 hantaran dan pihak aku balas 25 hantaran. Actually 26 tapi sbb orang cakap tak baik genap so kurang kan satu. Memang banyak sampai ke pintu dok bersusun. Alhamdulilah rezeki daripada Allah. Mak cik aku banyak sponsor. Terima kasih aku ucapkan pada mak, abah, along, abang long, suri, ika, afie, isha, maksu sekeluarga, mak lela and pak cik shahrul yang banyak menyumbang, mak mah and famili, akak, kak long and famili daripada kuala and kepada semua yang trlibat. Angah xtaw nak balas budi kalian macam mana. Terima kasih sangat-sangat. Tak lupa jugak Mr Photographer aku ,Din a.k.a bakal adik ipar. tengs ya. Nice photo. :) and zul yang comel :) Tema famili aku -----BIRU HITAM :)

Tak pernah terfikir pun one day cikgu yang pernah mengajar kat sekolah rendah aku dulu akan jadi wakil meminang bagi pihak dia. Siap berpantun-pantun.hehe. Terima kasih cikgu Pauzi :)

So let see the pictures::tak banyak aku upload.hehe.tengok jla yang ni ye :)












Friday, 1 February 2013

Debaran ....


Assalamualaikum semua..

          Adoii penatnye. Badan pun sakit-sakit. Ni sume gara2 berkampung dalam bus g academic trip utk final semester. Trip ke Kuala Lumpur. First time seumur hidup aku naik sky bridge KLCC. OMG mcm tak percaya. Selama ni berangan2 nak naik tp bila dh naik rupe2 nye biase je..xde pape pun yg menarik sebab it just laluan penghubung antara bangunan. Tapi best sbb kita boleh tengok KL dari atas and tak semua orang boleh pergi kat situ..VVIP only..hahaha..seronok juga trip ni..banyak benda baru aku belajar..ada pahit manis kenangan kali ni..ok stop sampai situ.. Now.. Hari ni dah 1st FEBRUARY 2013. Tinggal lagi 9 hari utk aku jd tunangan abang Sarjan ..hehe..berdebar2 pn ade. Hantaran aku dah siapkan gubahan minggu lepas. Penat tapi seronok bile tengok hasil kerja kita sendiri. Duit pun jimat.hehe.. bila tengok hasilnye.. “mmmm not bad jugak aku ni..kreatif2” haha perasan weh.. nanti aku upload pic mse majlis tunang aku nanti..majlis tunang aku buat kecil-kecilan je..antara family.. bukan apa.. orang kata tak baik kan..nanti kawen aku ajak sume. Jangan tak datang plak.haha

            Sorry sangat kat kawan2 yang dapat tau aku nak bertunang..amboi cepatnya berita tersebar ye..sampai kawan2 sekolah rendah aku yg dh 10 tawun x jumpa pon bley tau..hahaha.. sorry my dear friends..bukan tak nak ajak..tp it just a small majlis. Kawen nanti aku ajak okeeyy..hehe.. di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat kawan sekolah rendah aku yang cantik molek.. Syamila Syafawani dan pasangan nya yang akan diijabkabulkan 9hb 2 2013 ni.. Sorry dear aku x dapat attend majlis kau sbb jauh and majlis tunang aku keesokan harinya.apa-apapun ku doakan masjid yang kalian berdua bina kekal bahagia hingga akhir hayat and dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah .. Amin..

            Tema untuk majlis aku nanti adalah biru.. hantaran pun biru.. aku pun x penah terbayang dalam otak aku ni yang aku akan guna warna biru utk majlis tunang sbb aku paling x suka kaler ni..hahaha..biru gelap aku suke tapi biru muda ni adooiii lemah aku.. tapi sebenarnya kaler ni cantik..biasa la manusia kan..ade selera masing2.. Tema warna dari abang Sarjan plak dirahsiakan dulu la yek..hehehe.. Dia minta aku rahsiakan dari sume orang..katanya surprise.. ni pun jenoh dok bodek dia utk bagi tau ape warna tema. Mmm sejak jadi Sarjan ni makin perahsia.. susah nak buat dye cair..hehe.. ok lah sume..doakan majlis aku nanti berjalan dengan lancar .. semoga Allah mempermudahkan majlis dan berkati majlis kami..

To my housemate : Akma Ruby Fila Mira Aimi and Eza its ok korang x dapat datang.. akk paham lagipun cuti raya Cina kan. Yang penting doa tulus ikhlas dari kalian semua.. muahhhksss Kiss besar punya utk sume.. J

Tuesday, 27 November 2012

DIY birthday card for him


Assalamualaikum w.b.t :) Ok kali ni post pasal birthday card plak. Actually 12.11.2012 adalah tarikh birthday Mr Perisik aku yg sepet tu.hehe. So untuk buat kelainan cikit memandangkan kami ni bercinta jarak jauh so aku pun buat la kad bufday sendiri. Tak la secantik kad ready made kat kedai2 tu tp not bad la..hahahaha puji diri sendiri u ols. Hope dye suke. Kalo x sukepun aku paksa jugak suh dye suke..Sadis kan? haha. Untuk buat kad bufday ni bahan yg aku guna:

-kad manila
-kertas warna
-pen
-highlight yg berwarna warni
-butang
- gambar2 yang comel drpada majalah. (kitar semula) :p
-gam
-riben
-liquid paper

Untuk cara-cara buat kad ni first sekali aku banyak gunakan khidmat pak cik google. From there aku dpt inspirasi nak buat kad yg macam mana. So terhasil la kad ni :)


muka depan my d.i.y card

isi dalam nye..nasib baik x jelas tulisan buruk aku..haha
hey..got our picture ma.. :)

ni untuk belakang plak. thx dara.com sbb banyak pic comel.
rembat dari situ je la :)


disebabkan dia suka aku pakai purple so aku buat sampul kaler purple bagi dye :)
ok masukkan kad dlm sampul..wuuhuu

then aku ikat dengan riben pink and tulis nama dye
"To Mr Perisik Mohd Ashairy Ahmad, 26 years old"

tadaaa... dah pun siap.. dua hari jugak la aku buat kad ni..bersepah bilik jangan citer la..dengan kucen2 aku yg comel dok kaco..sabaq ja la..haha.. hadiah untuk bufday dye kali ni aku bagi kemeja lengan panjang kaler hijau. dah siap bungkus. Ingatkan dapatla jumpa dye kat KL but dye dlm training, so x dapat jumpa. Its ok. Aku paham (konon tabah la ..weekkk :p). This card dah diposkan pakai pos laju hari ni beserta surat-surat urusan ptptn dye yg aku ambik dari rumah bakal mak mentua yg comel :)

sekian saje la ye..nak pack barang..boringnye!!! nak balik Merbok dah.. bye2 :)

Monday, 26 November 2012

D.I.Y Hand Bouquet


Assalamualaikum w.b.t  :)  jom layan tutorial buat bunga tangan. Tengah layan vid kat youtube tetibe plak rase nak cari pasal hand bouquet ni. Senang je buat rupenye. Love this color. Tah nape tetibe plak ske kaler orange sangat2x. Its so nice~~im gonna die!! Lepas ni x payah dok bazir duit suh kedai buat.. Kita boleh buat sendiri ikut selera masing-masing. Sekarang ni pun banyak jenis bunga tangan yang ada. contoh mcm bunga segar, plastik, buat dr bunga dip and so on..Sesuai untuk majlis bertunang and majlis kahwin.. Jommmmm layan.. :) semua gambar2 credit to pak cik google :p


so sweet

gaya moden..not bad :)

ada kelainan :)


bunga lily :)



pink roses yg owsem

Friday, 16 November 2012

Intai-intai Konsep Perkahwinan :)

Assalamualaikum u ols..bila dah cuti lama ape pun x tau nak buat . So untuk isi masa lapang yang ada ni, aku rajin2 kan diri on9 and search about wedding!!! haha.. bukan apa, just as preparation. Kata orang kawin hanya sekali seumur hidup eh yeke??. So mesti la aku nak buat yang terbaik untuk majlis aku and mr lovely man aku tu. Actually sehingga entry ni ditulis aku masih lagi digelar DIRISIK sbb Mr Perisik aku baru je merisik :p x jadi tunang orang lagi. Tapi bab tunang aku x pening kepala sebab baju and pelamin mini dah beres cuma tinggal barang hantaran saja n nak tetapkan tarikh.  InsyaAllah  bulan Februari tahun depan bergelarlah aku tunang orang..haha cuma tarikh je elek lagi.Maklum la..nak match kan jadual student dengan abg polis ni payah cikit. Nanti ada masa and bila dah start buzy buat preparation aku akan update ..Okeh tolak tepi bab tunang.



Sebenarnya aku pun x tau nak buat tema apa. Pikir punya pikir ada dua tema yang aku sukerr sangat2.. 1st tema diraja & klasik and the second one is fairytale gitu.. Tapi still nk nampak ala2 diraja. Ha kau kelass gitu.. Okeh moh kite tengok sedikit picture-picture yang mendapat my attention from mr google:




1st time tengok terus jatuh hati :)



gaya bak puteri. owsem kan?


rasa bak puteri melayu :) siyes nk mcm ni for my wed :p


nampak mewah waktu malam 


konsep dorg cantik sangat kan?

tersangatlah cantik.. thumbs up for Mahligai Creative


Walau macam manapun semuanya kena tengok budget jugak.jgn sebab nak kawin berhabis duit plak. Lepas kawin pun nak pakai duit lagi. Pendapat aku, maybe kita xkan dapat 100% macam yang kita nak tapi kita boleh cuba buat dengan sedikit idea creative and tenaga untuk buat majlis kahwin kita tu cantik, and disukai ramai..ewah mcm tagline iklan plak..hehe. My mum selalu cakap dalam melaksanakan sesuatu event especially perkahwinan yang buat majlis tu best adalah susun atur majlis itu sendiri.So kepada bakal bakal pengantin make sure atur cara majlis anda tepat okeh!! (hamboi3x mcm pakar motivasi pulak!!). Ada orang suka buat kat dewan and x kurang juga buat kat rumah. Untuk majlis kawin aku nanti akan dibuat kat rumah. Kebetulan rumah aku depan padang so banyak space. Mcm kakak aku kawin dulu pun buat pelamin luar rumah sampaikan adik lelaki aku kena jadi guard.haha tido kat pelamin takot pelamin kena curi.hehe.  Everyone have their own wedding dream and masing-masing ada citarasa sendiri. so i hope u guys can get idea lepas tengok entry aku yang ni untuk wedding korang..soon aku akan upload pasal diy kad kahwin and birthday card..tunggu.... :) Assalamualaikum....