Monday 15 July 2013

Tips cantik saat bergambar :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca yang sudi singgah di blog aku ni. Okeh kali ni nak kongsi tips cantik masa korg snap picture. Ha sekarang kan mcm trend tangkap pic comel2 boh dalam fb, twitter, instagram and macam-macam lagi la. Even pic makanan pun orang letak termasuk la cik punya blog ni.haha. Tips ni aku dapat daripada majalah Pesona Pengantin dan aku share dengan korang sume okeh.

1 Menghadap ke kanan.
Kajian yang dah dibuat di Amerika oleh Wake Forest University mendapati bahagian kiri manusia lebih menarik daripada sisi kanan. So untuk dapatkan pic anda yang menawan sila toleh sikit ke arah kanan. bukan itu je, muka korang akan nampak lebih runcing. Ahaaa tips yang berguna buat kamu yang berwajah bulat J

2 Pilih foundation yang tepat
Mesti antara korang ni pernah terkejut tengok picture sendiri kan? Terkejut tengok muka macam tepung gomak gara-gara flash sedangkan kalau tengok depan cermin ok je. Maka ramai la elak flash saat bergambar. Untuk elakkan kejadian yang sama berulang elakkan pakai foundation yang memantul atau mengandungi bahan mineral titanium dioksida (pigmen reflektif) dalam jumlah yang tinggi. Tanya yang lebih pakar bab-bab foundation bagi mereka yang baru belajar nak mekap. J

3 Tonjolkan ciri-ciri terbaik anda
Setiap orang punya pesona yang tersendiri. Teliti apakah kelebihan anda. Mungkin mata korang menawan so serlahkan. 
posing baik punya :)


4 Jangan melihat ke arah lensa
Elakkan meliht terus ke arah lensa kamera untuk mengelakkan effect ‘red eyes’ pada gambar. Cuba fokus mata ke bawah atau ke atas sedikit daripada lensa kamera. Tips in juga berguna buat anda yang suka terpejam mata saat bergambar.hehe

5 Elakkan dagu berlipat
Agak buruk bila tengok gambar kita yang berlapis dagu. Semestinya semua orang nak nampak sempurna bila tengok hasil gambar kan. Yelah dah penat-penat posing tengok tengok picture x cantik. Hampa perasaan kan. Nasib baik la skrg zaman kamera digital. Tak cantik boleh delete. Kalo zaman aku kecik2 dulu gambar mata terpejam ada, muka tak ready ada. Haha. Konon rase cantik sangat dah masa time bergambar. Excited nak tunggu gambar siap cuci. Bila siap.. -.-‘ haha.

6. Posing ala model
Mesti selalu tengok modeland artis posing kan. Cuba tiru gaya mereka saat bergambar. Tak susah bukan? Cuba gaya klasik ni. Mengiringkan badan tiga per empat daripada kamera dengan satu bahu ke depan dan sebelah kaki di depan kaki yang lagi satu. Lagi satu jangan lupa tahan nafas supaya perut boboyot anda tak terlihat. Atau satu cara lagi berikan pose bersahaja anda. Sebelum tu kalau boleh cuba praktis depan cermin. Bukan apa,kadang2 kita rase dah comel kita posing tapi bila tengok gambar macam buruk je kan.so macam mat salleh cakap “practice make perfect”. Kenal pasti pose yang sesuai untuk anda.
contoh posing. this is isha. my sis :)

7. Senyum semenawan yang boleh
Jangan nak wat senyuman paksa. For sure hasil nya teruk. Senyum pada kebanyakan orang adalah difokuskan pada mulut tapi sebenarnya senyum juga mewakili anggota yang lain. Mata juga boleh tersenyum. Tak percaya? Cuba lakukan depan cermin. Bila kita ikhlas senyum mata juga akan beraksi dengan baik. Terpancar kebahagiaan dalam mata kita. Kan orang selalu kata mata tak boleh menipu. So kalau kita betul2 tersenyum bukan dengan paksaan atau terpaksa atau dipaksa mata mampu menzahirkan perasaan yang sebenar ketika bergambar.  Jangan lupa sekali lagi. Praktis depan cermin dulu cara senyuman mana yang lebih menawan. Nampak gigi atau tidak J


 
macam kak ziana kita senyum.comel je.
sumber:google


Lepas ni boleh la praktikkan tips kat atas ni. See you in the next entry. Salam Ramadhan :)