Monday 24 June 2013

7 Tips Hubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum..hai pembaca bersama saya lagi Que Razali dalam blog Querazali..haha..macam ayat Jovien dalam Mahligai Cinta. Minggu ni amboiii jerebu bukan main lagi. Kat area Manjung setakat ni dah 171. Kalau tangkap gambar mau dah org kate aku kat Cameron Highland tapi hakikatnye jerebu x hengat.huhu. Oh jerebu cepat2lah hilang. Amin. Ok kali ni nak share tips hubungan jarak jauh yang aku amalkan semestinya untuk hubungan aku dan dia. (^.^) Antaranya ialah::

#1 Jujur
     Jujur tu tersangat la penting. Baik dari pihak boboi mahupun pihak gegirl. Bila kita jujur dengan pasangan so everything is clear. Kebaikan nye adalah bila orang lain cuba nak menipu dengan cerita2 palsu at least kita dah tau apa yang jadi sebenarnya. Ingat ya. Tak semua orang suka tengok kita happy so jujur jalan terbaik walau apa saja yang kita lakukan JUJUR lah dari segi perbuatan dan percakapan. Ibarat kata pepatah. Siakap senohong gelama ikan duri , bercakap bohong lama-lama mencuri. Bila mencuri kena tangkap…..potong tangan. Ha Nak? Nak? (gaya cekang pinggang tuding jari). Kalau tak nak jangan tipu2 k. xsuke ohkey.hehe

#2 Setia
Walau jauh macam mana pun jarak awak dan dia belajar lah jadi insan yang setia. Bukan susah pun. Tolak godaan atau peluang untuk cari orang ketiga. Sebelum nak cari orang ketiga cuba piker masak2 kalau awak berada di tempat dia apa awak rasa kalau awak diduakan ditigakan mahupun dilapankan? Sure sakit kan. Ingat “what u give u get back” percayakan hukum karma.

#3 Saling memahami & bertolak ansur
Yang ni pun penting. Kita kena paham dengan tugas dia. Maybe kerja dia buatkan dia tak  ada masa yang banyak dengan kita macam dulu. Mungkin mula-mula sukar nak sesuaikan diri tapi bila kita amalkan tips yang kat atas ni InsyaAllah semuanya akan ok. Give and take dalam hubungan.  Kita ni manusia biasa tak lari daripada silap. Kalau kita boleh bertolak ansur dengan dia dan memahami he/she will do the same to us. In relationship sebenarnya pasangan kita nak kita paham kerja dia, life dia so do us. Kadang-kadang sesetengah gegirl nak pasangan nya 24jam dengan dia. Tak depan mata mesti on kat hp. Its wrong ok. Bila kerja banyak dia jugak perlukan space and privacy untuk dia rehat-rehat. Bukan bermakna tak sayang. Tapi semua orang perlukan ruang sendiri.

#4 Berterus terang
Ha yang ni sangat-sangat penting. Apa-apa pun jadi berterus terang.biar dia dengar daripada mulut kita bukan daripada mulut orang lain. Kalau dari mulut orang lain ceritanya akan jadi lain sebab dah ditambah bahan perasa. Pasti Sedap cikit, Cukup Rasa cikit, Ajinamoto la and bla bla bla.. Ni la punca kadang-kadang hubungan putus ditengah jalan. So lepas ni korang ada pape jadi just berterus terang je ok.

#5 Hantar laporan
Bagi orang bercinta yang jarak dekat laporan mereka maybe tak sekerap sangat sebab selalu jumpa. Bagi jarak jauh yang 6  bulan sekali or setahun sekali jumpa ni laporan tu something yang bermakna. Bila dia bagitau apa yang dia tengah buat sebagai contoh ada kat tempat kerja dah so kita tau dia dah selamat sampai. Tahap kerisauan terhadap pasangan jarak jauh lebih tinggi berbanding pencinta2 jarak dekat.aiceh.hehe. sebabnya kalau apa-apa jadi contoh eksiden ke susah dik oii nak datang tengok.kalau dekat senang je nak tengok.hehe. bukan mengongkong tapi laporan buat kita rase “ok si dia selamat”. “Oh dia tengah sibuk.. tak boleh kacau”. “oh dia dengan kawan2..biar dia have fun dengan kawan2 dulu..” Dan korang pun boleh hantar laporan contohnya “ Sayang keluar dengan kawan2 jap k” or “ Sayang g kelas sekarang. Nanti habis kelas kita mesej. Love u dear” Ringkas tapi bermakna.Peringatan untuk semua. Pastikan laporan tu asli.. bukan palsu..kalau palsu tak guna jugak..hehe

#6 Sharing is caring
Apa sahaja kongsi la dengan pasangan anda. Di sini kita nak uji pasangan kita. Adakah benar janji-janji manis dia nak hidup susah senang dengan kita. Kalau dalam dok berkawan pun dah  mula larikan diri bila kita susah gud bye je la.. cari je yang lain. Nak cari pasangan biar yang akan bersama dengan kita susah and senang, nasihatkan kita bila kita salah. Jangan pendam kan masalah. Cuba luahkan dan bila kita nak luahkan masalah mesti pada orang yang kita percaya. And semestinya pasangan kita orang yang terbaik. Setiap pasangan yang baik akan jadi pendengar yang baik.  

#7 Family
This is the most important things. Restu kedua-dua belah pihak sangat bermakna. Bagi aku, aku percayakan hubungan dengan restu keluarga,. Kalau kahwin tanpa restu pun susah jugak. Jalinkan hubungan yang baik dengan keluarga si dia. Kalau kita sayangkan si dia kita kena sayang kan keluarga si dia jugak. Hamboii sesuka kau je nak sayang anak orang tapi x suka family dia .. banyak cantik.haha.  u ols kena ingat bila kahwin nanti bukan terikat dengan pasangan saja tapi dengan family sekali. So bila family pun suka korang baru lah jadi happy family. Risiko untuk pasangan curang pun berkurang or maybe become to “0” sebab family dah kenal and dah sayang. Tak gitu..hehe


So inilah antara tips-tips yang aku boleh share dengan semua. Hope tips ni berguna untuk korang baik yang sedang bercinta, bertunang mahupun yang dah kahwin. See in the next entry ya. Daaa… J