Wednesday 29 May 2013

Cara menghilangkan ketuat di kaki

Ha baca tajuk entry kat atas tu.Mesti ramai dah penah terkena dengan “benda jahat” ni. Okey now nak share pengalaman pasal cara hilangkan ketuat. Apa sebab ketuat itu terjadi? Ada yang cakap sebab tak bersih la apa la.Sebab tu ketuat terjadi. Ada yang cakap sebab pakai kasut sarung yang dah full of bacteria sebab tu ketuat jadi. Ha ni nak berkongsi pengalaman. Alkisahnya aku pun pernah kena ketuat ni. Kena tang kaki plak tu. Hadoi sakit nak jalan. Mula2 jadi tu aku wat x taw je ingtkan ley baik sendiri. Tengok2 tak. Makin melarat plak naik nye dua tiga kat kaki. Dah la UiTM Kedah tu berbukit. Terpijak batu sikit melatah aku menahan sakit.haha. So nak dijadikan cerita aku try la beli ubat kat farmasi. Aku ni boleh dikategorikan agak malas sapu2 krim ni. Tapi mengenangkan sakit aku jadi rajin la sapu-sapu ubat. Masuk sebulan tak ok2. Dia kering and bila aku buang guna pengetip kuku dia still ada lagi. Tension nye aku. Aku pun apa lagi. Call mak tersayang nak wat laporan la kononnya. Mak pun cadangkan sapu minyak kelapa dara. Mana la tau kot2 mau baik. Sebagai anak yang menurut kata cewah angel la konon haha aku pun sapu. 

ni la minyak yang aku maksudkan tu. ada dua versi botol. 
satu lagi x sempat nak snap.


Tapi minyak ni busuk sikit. Aku sapu masa nak tido and pagi2 nak g kelas. Masa lepas sapu tu rasa merenyam2 gatal kat tempat ketuat. Sabor je la…. Masuk seminggu ketuat tu kering and aku gatal2 g korek and potong guna pengetip kuku. Alhamdulilah berkat usaha and izin Allah akhirnya berjaya jugak aku clash dengan ketuat tu.haha. Makan bulan jugak aku couple dengan ketuat ni. Kalaula dari mula aku tau minyak kelapa dara ni ley hilangkan ketuat lama dah aku try. Actually family aku memang pakai minyak kelapa dara ni. Selalu sapu dekat kulit badan before tido. Sapu dekat kaki and tangan.buat macam losyen. Tapi biasanya sapu waktu malam sebab bau nye yang tak menyenangkan hidung. Lagi bagus minum satu sudu sehari dia boleh lawaskan perut tapi perit sikit tekak nak telan . sebab dye minyak kan. Selalunya aku beli kat R&R  dekat Gunung Semanggol kalau tak salah tapi kalau dari Kedah menghala ke Perak la. Satu hari tu kebetulan parents aku ada hal dekat Hutan Melintang and alang-alang aku cakap kat mak jom kita cari rumah tokei minyak  ni. Mak aii jauh kedalam umahnya. So berbotol2 la aku memborong dengan mak abah. Pakcik ni cakap minyak ni 1001 khasiat . Apa yang dia tulis kat label belakang tu memang mujarab la guna ubat ni tapi boleh jugak cuba untuk sakit lain. Contohnye kes ketuat aku tadi. Ada jugak yang breast cancer try makan and Alhamdulilah beransur sembuh luka2 kanser tu. So kepada sesiapa yang mengalami masalah ketuat hope korang dapat la cari minyak ni. Kalau tak dapat cari ley tanya kat aku. Don’t worry I will help u. sekian saja. tata 

Monday 27 May 2013

Jeng Jeng Jeng : Cerita Kahwin 1


Dup dap dup dap..camtu lah kot bunyi jantung aku menghitung hari. Hari ape yang aku hitung? Haha. My Big Day!! Akhirnya dapat juga tarikh untuk aku and En Sarjan mendirikan masjid. Semua orang ada impian masing2 for their big day. Macam aku biasa lah agak klasik sikit orangnya.  Dah nama pun RAJA SEHARI. Kalau hidup yang sebenar x mampu dek oii nak jadi anak raja ha ni la masanya nak merasa kan? So untuk tema resepsi sebelah aku nanti bertemakan ala-ala diraja gitu. Disebabkan butik pengantin D’Enai pernah bekerjasama dengan aku dulu and aku suka cara kerja dorang yang kelas gitu and murah harganya maka aku pun pergilah survey2 kat sana dulu. Dalam otak plan nak g banyak butik nak survey2 ni..tapi dah memang berjodoh kot aku dengan butik ni. Sampai-sampai je kami pun start berbincang dengan staff kat situ. Nama macam aku jugak. Ha bertemulah Qila junior and Qila senior ni.hehe. kak Qila kenal mak aku so aku pun selesa bersembang dengan dia and cerita apa yang aku nak untuk my weds. Masa tu yang ikut sekali of course my lovely fiancĂ© abang Sarjan, along and abang long. Mak datang kemudian. 
Alhamdulilah dorang ade baju yang sesuai dengan tema yang aku nak. Kak Qila bagitau tema aku modern classic. Mmm not bad. Ok jugak kan ..xde la protocol sangat macam istana. Janji still ade gaya istana yang aku nak. Untuk majlis aku nanti insyaAllah setakat masa and tarikh aku menulis ni aku bakal mengenakan sepersalinan dress dari songket+lace kalo tak silap berwarna kuning. Tunang aku pun suke jugak.hehe. kak Qila cadangkan ambik semua dengan dorg. Maksudnya dorg jadi wedding planner aku. Aku fikir ok jugak sbb harga yang dorg bagi sangat berbaloi and aku tak payah susah2 nak pening kepala lagi.yelah x lama lagi nak smbung belaja mane aku ade masa nak tengok sume bende ni. Just aku kena fikir kan goodies beg saja. Dah bincang2 dengan family , mak abah and semua dorg setuju. Harga perbincangan dirahsiakan atas permintaan butik tp dlm angka 2. Dua ape? Adakah RM2 hehe..Biarlah rahsia..
suka sangat kuning ni. Owesome

Dah setel satu bab.sekarang ni aku tengah buzy mendesign kad kahwin and banner. Nak jimat kos. Adik2 aku selalu kate aku kedekut. Aku bukan kedekut la. Tak suke membazir je. Mane yang aku rase aku boleh buat, murah and cantik aku buat la. Lagipun kalo ikut logik sape yang simpan kad kahwin orang kan melainkan tuan punye badan sendiri. Biasenya orang buang je. Membazir tu kan amalan syaitan. Bayangkan kad kahwin yang cantik (ambik average 50 sen sekeping) kali dengan 500 keping dh berapa. So aku cube jimat sebaik mungkin duit2 yang ade. At least duit2 ni boleh salur kat tempat lain.  Agak mencabar design kad and banner sbb aku tak nak lari daripada tema. And according to my research memang tak banyak sumber maklumat and rujukan untuk tema wedding amcam ni.kalo style garden memang banyak la. So aku lebih suke gunakan colour2 gold, hitam and putih sebab bagi aku kaler ni Nampak mewah. Cewah.hehe.
Sekarang ni aku tengah pening mencari photographer yang cantik pic2 yang dye tangkap and harga berpatutan. Setakat ni adalah dua tiga orang yang dalam list. Tapi masalah nye jauh kat KL nun. Kat Kuala Kangsar and Ipoh. Bukan menidakkan bakat orang2 dekat sini tapi tak jumpa yang berkenan. Aku sangat cerewet bab gambar.haha. Maybe tak bertemu lagi dengan orang yang sesuai. Hope dapat jurugambar  yang best2 dalam masa yang ade ni. oh Encik Photographer... menjelmalah dikau.fuuuuhhhh... :p
Minggu ni straight tido lewat. Dah tengah malam baru dapat idea. Tunang tersayang asyik pesan jangan tido lewat2 sangat. Sory ye abang.. sayang seronok plak wat benda ni. Rase otak bijak tiba2.hahaha. aku cuba yang termampu. Bukannya terror sangat bab design2 ni.  Setakat ni perbelanjaan still dalam bajet. Ok nanti kalo semuanya dah siap aku uploadkan barang2 and total perbelanjaan untuk majlis ni nanti. Ape yang penting berbelanjalah dengan bijak. Amboi.. pesanan dari penaja.haha. tata u ols.