Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca-pembaca
yang sudi singgah di blog aku ni. Okeh kali ni nak kongsi tips cantik masa korg
snap picture. Ha sekarang kan mcm trend tangkap pic comel2 boh dalam fb,
twitter, instagram and macam-macam lagi la. Even pic makanan pun orang letak
termasuk la cik punya blog ni.haha. Tips ni aku dapat daripada majalah Pesona
Pengantin dan aku share dengan korang sume okeh.
1 Menghadap ke kanan.
Kajian yang dah dibuat di Amerika oleh Wake Forest
University mendapati bahagian kiri manusia lebih menarik daripada sisi kanan.
So untuk dapatkan pic anda yang menawan sila toleh sikit ke arah kanan. bukan
itu je, muka korang akan nampak lebih runcing. Ahaaa tips yang berguna buat
kamu yang berwajah bulat J
2 Pilih foundation yang tepat
Mesti antara korang ni pernah terkejut tengok picture
sendiri kan? Terkejut tengok muka macam tepung gomak gara-gara flash sedangkan
kalau tengok depan cermin ok je. Maka ramai la elak flash saat bergambar. Untuk
elakkan kejadian yang sama berulang elakkan pakai foundation yang memantul atau
mengandungi bahan mineral titanium dioksida (pigmen reflektif) dalam jumlah
yang tinggi. Tanya yang lebih pakar bab-bab foundation bagi mereka yang baru
belajar nak mekap. J
3 Tonjolkan ciri-ciri terbaik anda
Setiap orang punya pesona yang tersendiri. Teliti apakah
kelebihan anda. Mungkin mata korang menawan so serlahkan.
posing baik punya :) |
4 Jangan melihat ke arah lensa
Elakkan meliht terus ke arah lensa kamera untuk mengelakkan
effect ‘red eyes’ pada gambar. Cuba fokus mata ke bawah atau ke atas sedikit
daripada lensa kamera. Tips in juga berguna buat anda yang suka terpejam mata
saat bergambar.hehe
5 Elakkan dagu berlipat
Agak buruk bila tengok gambar kita yang berlapis dagu.
Semestinya semua orang nak nampak sempurna bila tengok hasil gambar kan. Yelah
dah penat-penat posing tengok tengok picture x cantik. Hampa perasaan kan. Nasib
baik la skrg zaman kamera digital. Tak cantik boleh delete. Kalo zaman aku
kecik2 dulu gambar mata terpejam ada, muka tak ready ada. Haha. Konon rase
cantik sangat dah masa time bergambar. Excited nak tunggu gambar siap cuci. Bila
siap.. -.-‘ haha.
6. Posing ala model
Mesti selalu tengok modeland artis posing kan. Cuba tiru
gaya mereka saat bergambar. Tak susah bukan? Cuba gaya klasik ni. Mengiringkan badan
tiga per empat daripada kamera dengan satu bahu ke depan dan sebelah kaki di
depan kaki yang lagi satu. Lagi satu jangan lupa tahan nafas supaya perut
boboyot anda tak terlihat. Atau satu cara lagi berikan pose bersahaja anda. Sebelum
tu kalau boleh cuba praktis depan cermin. Bukan apa,kadang2 kita rase dah comel
kita posing tapi bila tengok gambar macam buruk je kan.so macam mat salleh
cakap “practice make perfect”. Kenal pasti pose yang sesuai untuk anda.
contoh posing. this is isha. my sis :) |
7. Senyum semenawan yang boleh
Jangan nak wat senyuman paksa. For sure hasil nya teruk. Senyum
pada kebanyakan orang adalah difokuskan pada mulut tapi sebenarnya senyum juga
mewakili anggota yang lain. Mata juga boleh tersenyum. Tak percaya? Cuba lakukan
depan cermin. Bila kita ikhlas senyum mata juga akan beraksi dengan baik. Terpancar
kebahagiaan dalam mata kita. Kan orang selalu kata mata tak boleh menipu. So kalau
kita betul2 tersenyum bukan dengan paksaan atau terpaksa atau dipaksa mata
mampu menzahirkan perasaan yang sebenar ketika bergambar. Jangan lupa sekali lagi. Praktis depan cermin
dulu cara senyuman mana yang lebih menawan. Nampak gigi atau tidak J
Lepas ni boleh la praktikkan tips kat atas ni. See you in the next entry. Salam Ramadhan :)
No comments:
Post a Comment