Assalamualaikum..hai
pembaca bersama saya lagi Que Razali dalam blog Querazali..haha..macam ayat
Jovien dalam Mahligai Cinta. Minggu ni amboiii jerebu bukan main lagi. Kat area
Manjung setakat ni dah 171. Kalau tangkap gambar mau dah org kate aku kat
Cameron Highland tapi hakikatnye jerebu x hengat.huhu. Oh jerebu cepat2lah
hilang. Amin. Ok kali ni nak share tips hubungan jarak jauh yang aku amalkan
semestinya untuk hubungan aku dan dia. (^.^) Antaranya ialah::
#1 Jujur
Jujur tu tersangat la penting. Baik dari
pihak boboi mahupun pihak gegirl. Bila kita jujur dengan pasangan so everything
is clear. Kebaikan nye adalah bila orang lain cuba nak menipu dengan cerita2
palsu at least kita dah tau apa yang jadi sebenarnya. Ingat ya. Tak semua orang
suka tengok kita happy so jujur jalan terbaik walau apa saja yang kita lakukan
JUJUR lah dari segi perbuatan dan percakapan. Ibarat kata pepatah. Siakap senohong
gelama ikan duri , bercakap bohong lama-lama mencuri. Bila mencuri kena tangkap…..potong
tangan. Ha Nak? Nak? (gaya cekang pinggang tuding jari). Kalau tak nak jangan
tipu2 k. xsuke ohkey.hehe
#2 Setia
Walau jauh
macam mana pun jarak awak dan dia belajar lah jadi insan yang setia. Bukan susah
pun. Tolak godaan atau peluang untuk cari orang ketiga. Sebelum nak cari orang
ketiga cuba piker masak2 kalau awak berada di tempat dia apa awak rasa kalau
awak diduakan ditigakan mahupun dilapankan? Sure sakit kan. Ingat “what u give
u get back” percayakan hukum karma.
#3 Saling
memahami & bertolak ansur
Yang ni pun
penting. Kita kena paham dengan tugas dia. Maybe kerja dia buatkan dia tak ada masa yang banyak dengan kita macam dulu. Mungkin
mula-mula sukar nak sesuaikan diri tapi bila kita amalkan tips yang kat atas ni
InsyaAllah semuanya akan ok. Give and take dalam hubungan. Kita ni manusia biasa tak lari daripada
silap. Kalau kita boleh bertolak ansur dengan dia dan memahami he/she will do
the same to us. In relationship sebenarnya pasangan kita nak kita paham kerja
dia, life dia so do us. Kadang-kadang sesetengah gegirl nak pasangan nya 24jam
dengan dia. Tak depan mata mesti on kat hp. Its wrong ok. Bila kerja banyak dia
jugak perlukan space and privacy untuk dia rehat-rehat. Bukan bermakna tak
sayang. Tapi semua orang perlukan ruang sendiri.
#4 Berterus
terang
Ha yang ni
sangat-sangat penting. Apa-apa pun jadi berterus terang.biar dia dengar
daripada mulut kita bukan daripada mulut orang lain. Kalau dari mulut orang
lain ceritanya akan jadi lain sebab dah ditambah bahan perasa. Pasti Sedap
cikit, Cukup Rasa cikit, Ajinamoto la and bla bla bla.. Ni la punca
kadang-kadang hubungan putus ditengah jalan. So lepas ni korang ada pape jadi
just berterus terang je ok.
#5 Hantar
laporan
Bagi orang
bercinta yang jarak dekat laporan mereka maybe tak sekerap sangat sebab selalu
jumpa. Bagi jarak jauh yang 6 bulan
sekali or setahun sekali jumpa ni laporan tu something yang bermakna. Bila dia
bagitau apa yang dia tengah buat sebagai contoh ada kat tempat kerja dah so
kita tau dia dah selamat sampai. Tahap kerisauan terhadap pasangan jarak jauh
lebih tinggi berbanding pencinta2 jarak dekat.aiceh.hehe. sebabnya kalau
apa-apa jadi contoh eksiden ke susah dik oii nak datang tengok.kalau dekat
senang je nak tengok.hehe. bukan mengongkong tapi laporan buat kita rase “ok si
dia selamat”. “Oh dia tengah sibuk.. tak boleh kacau”. “oh dia dengan
kawan2..biar dia have fun dengan kawan2 dulu..” Dan korang pun boleh hantar
laporan contohnya “ Sayang keluar dengan kawan2 jap k” or “ Sayang g kelas
sekarang. Nanti habis kelas kita mesej. Love u dear” Ringkas tapi bermakna.Peringatan
untuk semua. Pastikan laporan tu asli.. bukan palsu..kalau palsu tak guna
jugak..hehe
#6 Sharing is
caring
Apa sahaja
kongsi la dengan pasangan anda. Di sini kita nak uji pasangan kita. Adakah
benar janji-janji manis dia nak hidup susah senang dengan kita. Kalau dalam dok
berkawan pun dah mula larikan diri bila
kita susah gud bye je la.. cari je yang lain. Nak cari pasangan biar yang akan
bersama dengan kita susah and senang, nasihatkan kita bila kita salah. Jangan pendam
kan masalah. Cuba luahkan dan bila kita nak luahkan masalah mesti pada orang
yang kita percaya. And semestinya pasangan kita orang yang terbaik. Setiap pasangan
yang baik akan jadi pendengar yang baik.
#7 Family
This is the
most important things. Restu kedua-dua belah pihak sangat bermakna. Bagi aku,
aku percayakan hubungan dengan restu keluarga,. Kalau kahwin tanpa restu pun
susah jugak. Jalinkan hubungan yang baik dengan keluarga si dia. Kalau kita
sayangkan si dia kita kena sayang kan keluarga si dia jugak. Hamboii sesuka kau
je nak sayang anak orang tapi x suka family dia .. banyak cantik.haha. u ols kena ingat bila kahwin nanti bukan
terikat dengan pasangan saja tapi dengan family sekali. So bila family pun suka
korang baru lah jadi happy family. Risiko untuk pasangan curang pun berkurang
or maybe become to “0” sebab family dah kenal and dah sayang. Tak gitu..hehe
So inilah
antara tips-tips yang aku boleh share dengan semua. Hope tips ni berguna untuk
korang baik yang sedang bercinta, bertunang mahupun yang dah kahwin. See in the
next entry ya. Daaa… J
No comments:
Post a Comment