Dup dap dup dap..camtu lah kot bunyi jantung aku menghitung
hari. Hari ape yang aku hitung? Haha. My Big Day!! Akhirnya dapat juga tarikh
untuk aku and En Sarjan mendirikan masjid. Semua orang ada impian masing2 for
their big day. Macam aku biasa lah agak klasik sikit orangnya. Dah nama pun RAJA SEHARI. Kalau hidup yang
sebenar x mampu dek oii nak jadi anak raja ha ni la masanya nak merasa kan? So
untuk tema resepsi sebelah aku nanti bertemakan ala-ala diraja gitu. Disebabkan
butik pengantin D’Enai pernah bekerjasama dengan aku dulu and aku suka cara
kerja dorang yang kelas gitu and murah harganya maka aku pun pergilah survey2
kat sana dulu. Dalam otak plan nak g banyak butik nak survey2 ni..tapi dah
memang berjodoh kot aku dengan butik ni. Sampai-sampai je kami pun start
berbincang dengan staff kat situ. Nama macam aku jugak. Ha bertemulah Qila
junior and Qila senior ni.hehe. kak Qila kenal mak aku so aku pun selesa bersembang
dengan dia and cerita apa yang aku nak untuk my weds. Masa tu yang ikut sekali
of course my lovely fiancé abang Sarjan, along and abang long. Mak datang
kemudian.
Alhamdulilah dorang ade baju yang sesuai dengan tema yang aku nak.
Kak Qila bagitau tema aku modern classic. Mmm not bad. Ok jugak kan ..xde la protocol
sangat macam istana. Janji still ade gaya istana yang aku nak. Untuk majlis aku
nanti insyaAllah setakat masa and tarikh aku menulis ni aku bakal mengenakan
sepersalinan dress dari songket+lace kalo tak silap berwarna kuning. Tunang aku
pun suke jugak.hehe. kak Qila cadangkan ambik semua dengan dorg. Maksudnya dorg
jadi wedding planner aku. Aku fikir ok jugak sbb harga yang dorg bagi sangat
berbaloi and aku tak payah susah2 nak pening kepala lagi.yelah x lama lagi nak
smbung belaja mane aku ade masa nak tengok sume bende ni. Just aku kena fikir
kan goodies beg saja. Dah bincang2 dengan family , mak abah and semua dorg
setuju. Harga perbincangan dirahsiakan atas permintaan butik tp dlm angka 2.
Dua ape? Adakah RM2 hehe..Biarlah rahsia..
suka sangat kuning ni. Owesome
Sekarang ni aku tengah pening mencari photographer yang cantik pic2 yang dye tangkap and harga berpatutan. Setakat ni adalah dua tiga orang yang dalam list. Tapi masalah nye jauh kat KL nun. Kat Kuala Kangsar and Ipoh. Bukan menidakkan bakat orang2 dekat sini tapi tak jumpa yang berkenan. Aku sangat cerewet bab gambar.haha. Maybe tak bertemu lagi dengan orang yang sesuai. Hope dapat jurugambar yang best2 dalam masa yang ade ni. oh Encik Photographer... menjelmalah dikau.fuuuuhhhh... :p
Minggu ni straight
tido lewat. Dah tengah malam baru dapat idea. Tunang tersayang asyik pesan
jangan tido lewat2 sangat. Sory ye abang.. sayang seronok plak wat benda ni. Rase
otak bijak tiba2.hahaha. aku cuba yang termampu. Bukannya terror sangat bab
design2 ni. Setakat ni perbelanjaan
still dalam bajet. Ok nanti kalo semuanya dah siap aku uploadkan barang2 and
total perbelanjaan untuk majlis ni nanti. Ape yang penting berbelanjalah dengan
bijak. Amboi.. pesanan dari penaja.haha. tata u ols.
ini keja masa cuti ye.. haha.. tarikh knp tak mention.. nak tau nih.. btw, good luck utk mendesign kad kawin.
ReplyDeletehehe..tarikh dah ada tapi masih disimpan wt pekasam dulu..hehe..tgu kad baru tau tarikh..hehe..tengs.. kakk akma ambik pakej kat mne?
ReplyDeleteqila.....jgn lupe antar kad kat phg ni tau!!!
ReplyDelete-siti